Monday, November 8, 2010

assignment oh assignment...

lama dah x post kat blog...terlalu busy dgn rutin harian sbg student yg bakal mghadapi final...adoiyh...bru je siapkan assignment arab yg telah terlepas dateline...dapat pengecualian sbb hari tu aku kena chicken pox,...aku la yg jd camera-woman,director and producer....penat btol...nasib baek la skrip and keja menaip ada orang laen buat..pelakon2 plak busy memanjang dgn hal masing2..heheh..dahla nk cover law pulak nie..;pastu merdeka!!punya la hepi td...tgk2 smpai je dpn toilet tergelincir plak...habis spoil mud aku...hahah!!tp x pe...mlm ni bleh relax sket but stilll kna sntuh law...aarghhh nk tgk movie la!!!!!

Wednesday, September 8, 2010

Dosa tinggal solat lebih besar daripada zina..

by epid www.iluvislam.com

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.



Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.


Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.


Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.


Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.


Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”





Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”


Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.


Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.
























iluvislam.com...

Pagi ni lepas sahur, aku terus je online...terbukak hati nak tengok webpage iluvislam.com.Banyak benda kena batang idung aku sendiri.terasa aku..pape pun artikel ni berguna so aku pun amek and simpan kat page kat aku sendiri...

KEAIBAN YANG DITUTUP ALLAH
by Zulyunus http://www.iluvislam.com/


Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.


Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "

Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)

Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.

Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!

Firman Allah,

"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)

Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.

Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.


Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)


Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Waspadalah akan firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)

Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.

Wednesday, September 1, 2010

rasa semput sangat..dahla lepas tu ada test management..luckily ok la gak td...praise to be Allah..

Kalau dulu diriku.......





 






Kalau dulu
Aku pernah menangis kerana rindukan Rasullullah
Kalau dulu
Aku pernah menangis kerana terkenangkan dosa-dosa
Kalau dulu
Tahajudku ditemani air mata taubat
Kalau dulu
Pemergian ramadhan aku tangisi
Kenapa tidak sekarang??
Adakah disebabkan dosa-dosaku kian bertambah
Sepatutnya kini aku perlu lebih banyak menangis daripada dulu
Aku rindu cinta Rabb yang pernah aku kecapi dulu
Ketenangan cinta Rabb yang beri aku kebahagiaan
Ya Allah,
Kuatkan aku
Beri aku peluang untuk menikmati cintaMu lagi
Sehingga hujung nyawaku di muka bumi Mu
Dan diakhirat bersama keluarga dan sahabat-sahabatku
Yang aku cintai di dunia ini kerana mengharapkan keredhaan-Mu..

-27.08.10,10.40 a.m-


Tuesday, August 31, 2010

'AMIR IMPIANKU...


'Amir impianku
Pepanji Islam paksi perjuangannya…
Seutuh gunung berdiri…
Segagah akar mencengkam bumi
Iman dan taqwa menjadi pakaiannya…
Naluri teguh mengungkap zikrullah…

‘Amir impianku…
Hatinya penuh membuak dek cinta Sang Pencipta…
Rindunya tak bertepi buat kekasih Allah…
Tiada sekutu bagi yang satu…..
Tiada yang lain melainkan yang dicintainya..

‘Amir impianku…
Panduan hidupnya Al-Quran mukjizat Illahi…
Amal hariannya sunnah Rasulullah…
Zikrullah jadi dendangannya…

‘Amir impianku…
Ku harap jadi pemimpin ku..
Membimbing aku ke jalan yang satu..
Ku harap ia mujahid ku..
Mengajak aku berjuang disisi..
Ku harap ia peneman setia ku..
Meneman kala senang mahupun susah…

‘Amir impianku…
Akan ku pohon pada Illahi..
Agar ketemu jua di hati ini..
Moga takdir segera menemukan kita..
Agar dapat kutempuh waktu bersama

‘Amir impianku…
Akan kucari sinar hatimu untuk hatiku


hukuman penzina min lifeinside's blog

Hal berkaitan ilmu Islam dan tamaddunshida menulis


“DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakalasatu lagi berisi daging busuk. Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.
Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.
Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka,
yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya. Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).


Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali
dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit. Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat
nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).


Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud:“Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus
asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu,
tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya.
Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.


Gambar penzina yg dihukum rejam di Afgoye

Monday, August 30, 2010

buat sahabatku awa.............

Awa,maafkan aini x dapat jadi sahabat yang terbaik untuk awa..aini terpaksa buat mcm ni ...aini x layak untuk kawan dengan awa,im atau pn najib..thanx awa sebab penah bimbing aini..sumpah,demi Allah, aini sangat sayangkan awa..i love you lillah..cuma sekarang aini sgt jauh berbeza daripada aini yang dulu...aini rindu saat2 tu awa..awa la sahabat aini dunia akhirat..aini baca mesej2 awa..awa nampak panggilan awa..tp maaf, aini x reply and x nak angkat..aini x nak lukakan awa..awa terlalu baik, sampai aini x sanggup untuk lukakan hati awa..awa, aini akan ingat kenangan kita...aini x kan lupa...

       (mesej awa-maaf aini x balas)
     "salam. aini minggu lpas fad ada kirim salam.lupa nak gtau..hehe..kami asyik cta n sembang pasal    aini je tw"

     "awa syg aini sgt2..aini ttp no 1 dlm hati awa untuk selamanya.."

     "aini, jgn wt awa mcm ni..baik @ buruk aini ttap kawan awa..ttp sahabat yg brtahta di hati awa sejak
       dulu"

     "Awa ttp syg aini. Aini ttap shbt awa selama2nya. stulus hati awa"

     "Aini!! Jgn ptus ukhuwah antra kita..dlm Islam kta bersaudara sygku"

     "Aini, pls..jgn buang awa mcm ni..awa SYG aini sgt2..knp Allah temukan kta utk berkenalan selama
       3 bln aini? pls..jgn sia2 kan semua ni"
  
     "Aini..pls..jgn wat awa mcm ni.."
     "Awa syg aini sgt2..awa x sggup khilangan aini.."

     "Setelah sekian lama awa pendam rndu kat aini lpas kita berpisah, xkn smua ni berakhir mcm ni.."

     "Maafkan awa aini..awa gagal dlm menjadi shbt yg baik..maafkan awa..awa dh x de shbt lain dah
       kecuali aini satu2nya, lpas ni..mgkin awa hlang sgala2nya..awa cuma ada aini sbg sahabat..yg
       msih memahami awa..awa mohon maaf..awa gagal.."

       "Aini..pls..bg awa pluang utk dgr suara aini yg awa rndu slama ini.."

       "Aini, jgn wt awa mcm ni...awa syg aini, awa xmau aini lpaskan tgn awa,awa nk kta sama2 tempuh
        ombak dan badai dgn genggam tgn yg erat..awa janji awa xkn lpas tgn aini..itu jnji awa sjak dlu..
        sejak awa tdo dan aini gggam tgn awa wk2 tdo, dan slama ini awa xpnah lupa smua tu.."

       "Aini, apapun aini fkirkan, aini ttap shbt sejati dihati awa yg xda gantinya..awa ttp syg aini sgt2..
         awa cuma nk aini tau smua tu..awa ikhlas syg aini dan b'shbt dgn aini..."

       "Ya Allah, kiranya Engkau m'pertemukan kami utk mendidik diri kami agar lbh mnyayangi-Mu,
         maka hanya Engkau yg mampu m'bawa hti2 ini bertaut menelusuri jalan mencari cintaMu,
         mengharap maghfirahMu, jgnlah Engkau pisahkan hati2 ini dikala rindu & sayang kami blum cukup
         untuk melamar redha dan cinta-Mu"

        "Aini, ingat x knangan kta mandi air laut dulu, aini bt apa dgn kepah tu aini?"


Awa,maafkan aini..bkn sngaja aini bt mcm ni..aini ada alsn aini tersendiri...aini ttap sygkan awa,smpai bila awa adalah teman terbaik aini..teman yang bertemu krn Allah, berkasih kerana Allah dan berpisah kerana Allah...tp awa, maafkan aini x dpt nk truskan persahabatan ni, perjuangan kita untuk berjihad bersama di jalan Allah..aini x layak awa..aini x layak...ampunkan dosa aini selama ni kat awa..

Saturday, August 28, 2010

Subhanallah...

Alhamdulillah...hari ini berakhirnya kem yg aku sertai...Kem Remaja Islam(KRIM)...bru je kemarin aku btolak ke Indah Merbok Resort brsama dua lagi sahabat aku, Nina dan Hanan..sptutnya kem tu dah bermula sehari sblum tu, means hr Khamis..tp disebabkan kmi ada test, kmi bertolak lambat skit...even kmi pergi lambat sket,tp alhamdulillah meskipun pngisiannya singkat, tp ttap memberi kesan kpd dri aku...tmbah2 lg aku dikelilingi dgn muslimat2 yg bertudung labuh...terasa betapa kerdilnya aku...aku malu sendiri...aku bermuhasabah kembali diri aku...


Dahulunya aku dh pkai tdung labuh, tp atas alsan aku ingin enjoy, aku beralih kpd pmkaian biasa..tp msih mnutup aurat kcuali stokin dan handglove la yg susah sket...aku brtahan pkai tudung labuh pon juz stahun je...tu pun ms aku kat matrik..atas kehendak sndiri, bkn pksaan daripada sesiapa. But at the same time, aku pkai jgak baju2 besa,tudung2 besa....bg aku it's ok...juz behave yourselves n don't be hypocrite...but at last, aku terfikir blik, bg aku bnda tu mmgla ok...tp pndgn org laen, mgkin nmpk mcm aku mempersendakan pkaian muslimah dan aku rasa sikap aku tu boleh menjatuhkan maruah muslimah yang laen.....so mmkirkan yg aku x mmpu nak istiqamah, aku mmilih utk pkai pkaian besa je bila mnjejakkan kaki kat university..tp bila dah smpai sni aku tertarik blik dgn org yg bertudung labuh, but still x de keberanian nk pkai balik...sbb bagi aku, aku x ckup baek ...smpai la bila classmate aku ada bg artikel psl tudung lbuh, aku rs insaf dan aku pn terus terang kt dia yg aslnya aku pn bertdung labuh...aku perlahan2 start pkai stokin..biar lmbat, yg pnting msti istiqamah...aku pn dah mula rs malu klu ada ktikanya aku x mnyarungkan stokin di kaki aku....berbalik kmbali kisah dkt kem ni...aku rs syukur sgt dpt smpai kat tmpt tu even keadaan dia sgt2 la daif...yg pnting pngisian dan ilmu yg aku dpt, bkn keadaan tmpat tu...slot2 dipenuhi dgn slot ibadah, akidah, dakwah dan akhlak...jarang kem2 seperti ini akn mmbicarakan kmbali soal basic sperti ini...at least bleh dijadikan check list..bnda yg pling pnting dan paling aku suka adalah bila sampai bab berjihad...klu dlu hti aku sering dibuai2 dgn impian berjihad, tp skrg jihad ni dah tinggal sekadar impian since aku tinggalkan imej muslimah yg aku bawa dlu...aku impikan ingin mnjadi muslimah yg akn berdiri di samping suami ku yg akn berjihad di jalan Allah,..dan mmg impian terbesarku utk mnjadikan keluarga yg bakal dibina nti dgn asas2 jihad fi sabilillah...






Aku mengharapkan bimbingan, tp aku x tahu kpd siapa yg prlu aku hrpkan..klu dulu, ‘ex-bf’ku yg sering memperingatiku dgn tntutan2 syariat Allah..tp skrg org tu pn da tiada utk bmbing aku...aku rasa seperti aku memerlukan dia untuk bimbing aku...tp tiba2 Allah buat aku sedar yg aku msih punya kwn2 PEREMPUAN yg Insyaalah, mmpu untuk membimbing aku..aku x sepatutnya mengharap kpd lelaki ajnabi utk membimbing aku...mungkin niat ku betul, tp niat skli2 x akan menghalalkan cara...niat x kan mampu meruntuhkan benteng pergaulan antara lelaki dan wanita sperti yg digariskan Allah di dalam kitab sucinya-AL-QURAN






Sekarang aku rs adalah masanya untuk aku berpatah balik kpd tujuan asal hidupku kat atas muka bumi Allah ini...aku tidak mahu di zaman kebangkitan Islam nti, aku diantara manusia2 yg x layak untuk merasai nikmatnya Islam...aku tidak mahu bertangguh lagi...aku takut bila aku bru nk sdar tentang hakikat perjuangan di muka bumi ini, aku telah pn terlambat dan tidak layak utk dduk bersama pjuang Islam yg lain...mgkin aku x mampu utk jd seperti pejuang wanita Islam seperti Sumayyah mahupun Masyitah yg sanggup direbus hidup2 semata-mata untuk mempertahankan agamanya, but at least, aku dah cuba untuk memperjuangkan agama aku sendiri..






Alhamdulillah, aku syukur sgt Allah gerakkan hti aku utk join kem tu..aku yakin Allah msh sygkan aku, sbb tu Dia jdkan aku salah seorang drpd peserta2 kem tu dan membuatkan aku insaf dan mnyesali kesilapan diri...Dia x jemu2 mnolong aku mskipun aku sering kali melakukan dosa terhadapNya..aku sangat2 bersyukur kerana Dia juga temukan aku dgn teman2 yg boleh membmbing aku ke jalan yg Dia redhai…SEMOGA AKU AKAN ISTIQAMAH.. AMIN..


INSYAALLAH…





p/s : thanx nina dan hanan..semoga Allah permudahkan urusan kalian dan semoga kita istiqamah di jalan yang Dia redhai…

Saturday, August 7, 2010

RS....

Assalamualaikum w.b.t....
hurmmm...hr ni dah abes aku pnya LDK....lega sgt...aku bknnya apa...bnda2 ceni mmg aku sgt malas!!tp bnda ni sgtlah pnting sbb klu aku x amek sem ni,aku kna repeat utk sem depan...fuh,,lega...Rpa2nya LDK ni x lah memboringkan spt yg aku sgka...best je pon...hehe,...mn taknya...hr first LDK adlh wktu utk crmah je..dr kul 8 smpai lah 6 ptg..time En./Prof bg ceramah, aku plak sbuk2 bc nota law..hehe...tp actually crmah tu mmg best sbb En./Prof tu ada selit2 jokes...n one thing yg aku realise,rpa2nya Pengarah U aku ni seorang yg sgt best...evn dia dh hmpir tua(40-an kot), tp cr dia mmnympaikn ceramah mmbuatkan dia nmpak muda n comel!!suka sgt!...sbb dia bt gaya kebudak2an skit...bkn aku sorg je ckp cmtu,kwn2 aku jgak...

hmm..one more thing,on the second day, i thought tht it must be boring bcoz aktvti berkmpulan n i can't read my notes anymore!!i am the one yg krg suka sgt aktvti berkmpulan coz x bpe rti sgt la nk mix with others...but one more time, my perception gone wrong again bcoz the activities are totally interesting!!tmbah2 our mentor (En. Shahar) pon best...hm...dr awl pg asyik gelak je evn spnjang hr nie aku rs ngntuk sgt...at the end of the LDK tu lg truk...aku gelak mcm pa lg...dah lma kot x gelak mcm tu...pape pon, sgt bestlah!!

Bla dh blik bilik,rs ltih sgt tp dlm kltihan tu smpt jgak join ro0mmate tgk cter Jepun...tjuk pe tah...tp best sgt...ha,,,siang td aku terfikir la psl Raudatul Sakinah(RS). RS ni adlh pnmpatan bg rmaja2 prmpuan yg tlnjur..ada byk kt Malaysia nie tp mostly rmai org x sdar akn kwjudan pusat kebajikan nie...tba2 rs teringin plak nk keja kt situ...tp nk kna tggu hbis bt degree dlu lah...skrg mna ada ms...sj nk rs n tgk sndri mcm mn pihak pngurusan RS mentarbiah rmja2 yg berada di dlm nya...ms form 5 dlu, pnah la suarakan kat teacher Nor'in nk p mlwat kt tmpat tu coz my teacher ni n ada lg sorang ustazah ada link ngn bdn kebajikan ni..teacher kata bleh tp aku kna la sdiakan teks utk bg ceramah kt diorang sbb teacher ckp org sebarangan x boleh msuk unless la untuk bg pngisian rohani..aku pon ada ajak mmber aku dua orang, sorang tu bdak alim la..aku mntak dia yg smpaikan pngisian rohani tu...klu nk sruh aku, aku sndri pon truk lg...hehe..:-p..n masa pon teacher dh ttapkan..yg frustnya, bla dh tiba mnggu yg sptutnya kmi nk p RS tu, teacher kta kna cancel...alasannya,seriously tmpat tu org luar mmg x leh msuk especially laki...tmpat tu spnuh masa diisi dgn tarbiah, so bila org luar msuk, maybe akn bg effect kat diorg which is diorang myb akn tringat blik khdupan lama diorg..teacher ckp, dlm tu tv pon x leh tgk...everyday ada qiamullalil n ape tah lg...rsa nya disiplin tu sgt ketatla...perhaps, RS tu ltaknya di dalam hutan...aku pon x penah tau yg kat Relau tu ada wjudnya RS..hmm..pape jelah...tp insyaAllah, abes je degree ni aku nk try apply keja kat situ...sma2 nk kna tmpias dakwah org2 kat stu...lgpun, aku bknnya baek sgt...mngikut kta teacher Nor'in, bekas guru kat sekolah aku (cikgu Inayah) ada keja kat stu...jd Pengetua kot(klu x silapla)..ntilah aku nk try contact..k, lah...smpai sni je dlu..nk study Law la plak...mggu ni ada byk sgt test + kuiz..i'll try my best...what i give, i must get back!!!(evn kpla aku sgtla serabut)
wassalam...

Tuesday, May 18, 2010

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Oleh : Amin Fadzlan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Friday, May 14, 2010

Apakah Yang Dikejar Dalam Hidupmu


Tulisan ini adalah terjemahan dan gubahan dari Life: Explained.


Sebuah bot ikan berlabuh di satu perkampungan nelayan di Terengganu. Seorang pelancong dari Kuala Lumpur memuji-muji kualiti ikan yang ditangkap oleh seorang pakcik nelayan yang turun dari bot itu dan bertanya kepadanya berapa lama masa yang diperlukan untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

"Tak lah lama sangat. Sekejap aje." jawab pakcik nelayan.

"Habis tu, kenapa pakcik tak kerja lama sikit supaya dapat lagi banyak?" tanya pelancong tersebut.

Pakcik nelayan menerangkan bahawa tangkapan yang sedikit ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan dia dan keluarganya.

Pelancong itu bertanya lagi, "Apa yang pakcik buat lepas pakcik tangkap ikan?"

"Pakcik akan bermain dengan anak-anak dan tidur tengahari sebentar dengan isteri tersayang. Bila tiba waktu petang, pakcik akan jalan-jalan sekitar kampung untuk jumpa kawan-kawan sambil minum di kedai kopi. Kehidupan pakcik sudah lengkap."

Pelancong itu mencelah, "Pakcik, saya ada PhD dalam bidang bisnes dan saya boleh tolong pakcik untuk jadi lebih kaya. Pakcik boleh mula dengan menambahkan lagi masa pakcik menangkap ikan. Lepas itu, jumlah ikan yang lebih itu pakcik boleh jual. Dengan keuntungan tersebut, pakcik akan ada modal untuk beli bot yang lebih besar."

"Dan lepas tu?" tanya pakcik tersebut.

"Bila sudah ada bot besar, pakcik boleh tangkap lebih banyak ikan. Lagi banyak ikan, lagi banyaklah duit. Bila makin banyak duit, pakcik boleh beli bot yang kedua dan ketiga, sehinggalah pakcik boleh beli sendiri sebuah bot tunda. Kemudian bila dah banyak duit juga, pakcik tak perlu lagi jual ikan kepada orang tengah. Sebaliknya pakcik mungkin boleh buka sendiri kilang memproses ikan. Kita buka kilang yang kecil dahululah. Kemudian bila sudah betul-betul maju, pakcik sekeluarga boleh tinggalkan kampung ini dah berhijrah ke Kuala Lumpur. Dari situ, pakcik boleh menguruskan empayar perniagaan ikan yang telah pakcik bina."

"Berapa lama agaknya masa yang pakcik perlukan kalau nak jadi macam tu?" tanya pakcik itu lagi.

"Dua puluh, mungkin 25 tahun," jawab pelancong itu.

"Kemudian selepas tu?"

"Haaa..sesuatu yang menarik akan berlaku selepas itu," jawab pelancong itu sambil ketawa terbahak-bahak. "Bila bisnes pakcik dah betul-betul besar, pakcik dah boleh beli dan main saham. Pakcik akan untung juta-juta ringgit. Kayo pakcik kayo!"

"Uiks, berjuta-juta ringgit? Betul ke cakap anak ni? Dan lepas itu apa akan jadi?" tanya pakcik itu lagi.

"Lepas itu pakcik dah bolehlah pencen, duduk aman di sebuah kampung kecil yang terletak di tepi pantai, boleh tidur lewat-lewat, main dengan anak cucu, tidur tengahari sebentar bersama isteri tersayang dan menghabiskan masa petang dengan minum kopi dan lepak-lepak bersama kawan sekampung." jawab pelancong berkenaan.

Moral cerita ini ialah: Ketahui apakah sebenarnya yang kita sedang cari dalam kehidupan ini kerana kita mungkin sudah pun mendapatkannya.

Saturday, May 1, 2010

Wasiat untuk orang Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.