Kalau dulu
Aku pernah menangis kerana rindukan Rasullullah
Kalau dulu
Aku pernah menangis kerana terkenangkan dosa-dosa
Kalau dulu
Tahajudku ditemani air mata taubat
Kalau dulu
Pemergian ramadhan aku tangisi
Kenapa tidak sekarang??
Adakah disebabkan dosa-dosaku kian bertambah
Sepatutnya kini aku perlu lebih banyak menangis daripada dulu
Aku rindu cinta Rabb yang pernah aku kecapi dulu
Ketenangan cinta Rabb yang beri aku kebahagiaan
Ya Allah,
Kuatkan aku
Beri aku peluang untuk menikmati cintaMu lagi
Sehingga hujung nyawaku di muka bumi Mu
Dan diakhirat bersama keluarga dan sahabat-sahabatku
Yang aku cintai di dunia ini kerana mengharapkan keredhaan-Mu..
-27.08.10,10.40 a.m-

No comments:
Post a Comment