Thursday, March 17, 2011

''Allah beri ilham''

Assalamualaikum w.b.t.....
Alhamdulillah, hari ni ana berkesempatan untuk menge'post' sebab selama ni ana asyik busy je...sampai rasa 24 jam tu pun x cukup..Hari ni post ana berkaitan dengan ilham yang Allah beri...seprti yang kita dah belajar dalam Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah @ Pendidikan Syariah Islamiah (ana tak ingat) terdapat pelbagai jenis ilham yang Allah berikan pada bayi, haiwan dan masing2 dengan cara yang tersendiri..Apa yang ana ingin cakapkan kat sini, ana pun tak tahu ilham daripada jenis apa, tapi sudah pastinya bukan ana yang pandai sendiri, tapi ini adalah ilham..Mustahillah untuk ana terfikirkan seperti itu kalau bukan Dia yang menghendakinya..Alhamdulillah...

Insiden 1
Hari ni ada test..macam yang ana katakan tadi, kehidupan ana sangatlah busy (walaupun ana sendiri pun tak tau ana habiskan masa ana untuk apa, ana kena cek balik kenapa ana rasa macam tu)..jadi ana pun x sempatla nak study betol2 untuk subjek yang ada test tu...sampai lebih kurang pukul 8 malam kelmarin, ana baru habis baca 1 chapter sedangkan ada 4 chapter yang tebal2 lagi untuk ana baca...Ana bercadang tak nak tido semalam..sedaya upaya bertungkus lumus untuk habiskan, tapi sampai pagi tadi satu chapter pun x habis..ana tawakal..hati rasa risau sangat...masa dalam kereta, ana sempat la tengok sikit pasal training process..tu pun x la detail sangat...bila dah sampai U dan masuk dalam kelas yang akan ada test kejap lagi, ana sempat selak2 sikit lagi...ana still tengok training process juga..tapi kali ni ana tengok betol2..meskipun x dapat ingat dengan sedetailnya, ana tak tau kenapa ana nak tengok sangat pasal training process.. alhamdulillah, itu yang masuk dalam test tadi..dan kebanyakan yang ana sempat baca, masuk dalam test tadi...ana rasa ni first test ana yang ana guna sepenuhnya masa yang ada untuk menjawab soalan2 tu..(nampak sangat sebelum ni ana x boleh jawab quiz and test..hehe)cuma kadang2 ana stop untuk meregangkan jari jemari ana yang lenguh menulis..kaki ana pulak x boleh nak duduk diam2..lenguh jugak, ana punya kaki dah macam bersenam duduk dalam kelas tu...kesimpulannya, ana boleh la jawab test tadi walaupun masa tu bagi ana kurang mencukupi, tapi tu pun ana rasa bersyukur sangat...lepas2 test, lutut ana rasa lembik sangat..dah tak mampu nak berdiri lama..patutla ana rasa lenguh2 dalam kelas tadi..pasal nervous kot..ana tak mampu nak drive dan ana minta jasa baik sahabat ana untuk drive keta....

Insiden 2
Sesampainya di rumah, x de sorang pun kat rumah..rumah pulak berkunci..ha, sudah...hari ni giliran ana dan sahabat ana untuk masak..macam mana kalau housemate balik nak makan nanti..ana pulak bukan jenis yang suka bawa kunci rumah, yang sahabat ana ni pulak lupa nak bawa kunci...tetiba Allah bagi ana teringat, kunci rumah ana ada atas meja study ana...dalam bekas kerongsang...bukak tingkap, tengok meja study ana, agak jauh la.....Lalu ana dengan sahabat ana ni pun tawafla keliling rumah untuk mencari kayu...x de la pulak...kayu reput ada la..baru pegang dah patah...tetiba ana ternampak pencakar..hujung pencakar tu ada botol air yang sudah dikerat kakak rumah sewaktu kitorang cuba untuk mengait buah jambu air yang sangat lebat di tepi rumah..menggunakan kayu beserta botol itu lah ana cuba untuk menolak bekas isi kerongsang ana itu untuk memasukkannya ke dalam botol air itu...namun x berjaya..sahabat ana cuba...dia terbalikkan bekas kerongsang ana dan terkeluarlah kunci tersebut...kami berdua cuba selamatkan kunci daripada jatuh atas lantai, tapi akhirnya jatuh jugak..ana ambil cangkul kecil yang ada di luar rumah...cuba masukkan melalui lubang grill tingkap yg kecil..dengan izinNya ana berjaya..ana tarik kaki meja untuk dijadikan penyendal kepada kunci tersebut..sahabat ana kuis menggunakan cangkul tu, tapi x berjaya..agak sukar si situ..ana terfikirkan pengepit baju yang berada di ampaian..ana kepit pada cangkul..sahabat ana berjaya keluarkan kunci itu dengan menyangkutkan kunci tersebut pada pengepit baju...Alhamdulillah, kalau tanpa ilham daripadanya sudah tentu kami masih berada di luar rumah dan tak dapat melaksanakan tanggungjawab kami untuk memasak...Terima kasih Allah, tanpa ilham dari-Mu ana tidak akan lepak dihadapan laptop dengan perut yang kenyang untuk mencoretkan kebesaranMu di dalam en. Bloggie...
Allahu akbar....

No comments:

Post a Comment