Wednesday, March 30, 2011

Ujian...

Assalamualaikum w.b.t...
hari ni ana rasa sedih sangat..bangun tido dah mula dengan menangis..kecil hati dengan sikap orang2 yang tertentu..ini ujian buat ana,.baru la ana sedar, yang ana ni sangat2 x kuat menghadapi ujian meskipun ujian sekecil itu,,macam mana Allah nak tambahkan iman ana kalau ana selalu mengeluh dan tak sabar..kalau kita diberi ujian kepada Allah, kita kena redha..maksud redha kat sini (mengikut apa yang ana penah baca) jangan pi cerita kat semua orang la ada problem tu lah, ni lah dan mengeluh..sama lah yang ana buat, ana cerita kat orang dengan harapan orang boleh ringankan bebanan di hati ana nie, tapi ana silap.. tak semua orang boleh tolong kita..hakikat sebenarnya, pada Allah je untuk kita minta, sebab Dia yang beri ujian dan cuma Dia je akan ringankan bebanan yang kita tanggung..ana cuba untuk mentarbiah hati..ana rindukan kecintaan dan ketenangan yang pernah ana kecapi dulu, di mana hati ana masih dilitupi dengan kasih sayang-Nya..sekarang ana rasa macam ana makin jauh..Ya Allah, betapa ana, hamba yang hina ini rindukan Engkau Ya Allah,.jangan Engkau tinggalkan aku tanpa kasih sayang Mu, jangan biar aku keseorangan tanpa perhatian Mu, dan jangan Kau tarik nikmat iman dan islam yang telah Kau berikan padaKu,,tingkatkalah imanku, buanglah sifat mazmumah daripada diriku, sempurnakanlah akhlak aku dengan sifat mahmudah yang menghiasi perbadi,jauhilah langkahku daripada laranganMu, akrabkanlah aku dengan perintah dan suruhanMu..sungguh, aku sangat mencintaiMu, tapi kadangkala dengan hasutan syaitan melemahkan jiwaku dan pendirianku, melunturkan cintaku padaMu..Ya Allah, aku takut andai ianya terus-terusan begini..aku sangat takut kehilangan Engkau Ya Allah,Engkau tempat aku berharap, pasrahkanlah aku dengan ujianMu, kuatkanlah aku dengan ujianMu, sabarkanlah hatiku, bersihkanlah hati dan mindaku, biar ianya cuma terisi dengan kalimat2 Mu..Sumpah Ya Allah, saat dan ketika ini aku sangat mencintai Mu, dan aku mahu perasaan ini kekal selamanya di dalam hatiku sampai hujung nyawa ku...aku bahagia dengan hanya mencintai-Mu..jadikanlah perjalanan hidupku ini sebagai satu perjalanan memburu redha-Mu..Amiin...



Maksud :-
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


No comments:

Post a Comment