Monday, April 11, 2011

La Tahzan...

Assalamualaikum w.b.t...
Rasanya agak lama dah saya tinggalkan blog ni tanpa terusik sedikit pun. Banyak benda yang ingin dikongsikan namun tak punya cukup masa untuk diluahkan. Pagi-pagi ni terdetik pulak nak menulis...Penat membaca untuk test esok,http://www.smileycodes.info so yang ni adalah sebagai satu cara untuk melepaskan kelelahan, iaitu dengan meluahkan perasaan..Baru-baru ni, saya ada join kursus kahwin anjuran Pusat Islam Ashabul Kahfi UiTM Kedah. Kursus tu memakan masa selama dua hari.. saya join kursus tu bukan sebab nak kawen awal( calon pon x de lagi hehe...) tapi cuma sebagai persediaan awal.. mana la tau nanti x de masa dah nak join..Overall kursus kawen tu best je, x de la boring sangat sebab semua penceramah tu pandai buat lawak..Saya kadang2 sedih terfikirkan layakkah diri saya untuk menjadi pendamping buat lelaki yang soleh, sedangkan saya ini hanya manusia yang biasa2. Tak punya harta,pangkat, rupa dan agama saya cumalah biasa2..namun saya masih dalam proses untuk mendalami ilmu agama lagi..

 طلب العلم من المهد إلى اللحد
"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"


طلب العلم فريضة على كل مسلم 
"menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap Muslim"

Oklah, tinggalkan je la persoalan ni...saya masih terlalu muda untuk memikirkan hal ni. Saya berserah semua urusan jodoh ni kepada Allah..x perlulah untuk mencari2 siapakah jodoh kita, sebab Allah dah tentukan siapakah yang terbaik untuk kita. Jadi tugas kita hanyalah mempersiapkan diri untuk menerima walau siapa saja jodoh kita. Allah dah berjanji dalam firmannya dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud, "
 
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. So, seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita masih meragui kalimah Illahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti?Jadi, janganlah kita terfikir untuk terkejar2 lelaki ajnabi kononnya spesis lelaki ni dah nak pupus, so siapa yang cepat dia dapat, kalau lambat, mmbujang lah sampai tua..Pendapat saya la kan, saya rasa statement ni tak patut pun lah dikeluarkan , sebab Allah dah janji. Kalau kita tak ada jodoh kat dunia ni, bersabarlah dan jangan bersedih, sebab Allah dah sediakan jodoh yang terbaik buat kita di akhirat nanti..Andai nya kita terasa sunyi dengan ketiadaan si jejaka, maka ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita luahkan segala perasaan cinta kita, dan Dia akan membalasnya dengan rasa kebahagiaan yang tak mampu terbayang dek fikiran, iaitu ketenangan yang berpanjangan. Subhanallah, segala puji hanya bagiNya..http://www.smileycodes.info

Wallahualam... 

http://www.smileycodes.info 

 

No comments:

Post a Comment