Sunday, May 8, 2011

Dakwah itu jalanku.....

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, kelmarin ana dah selesaikan satu tugas kecil ana, iaitu janji ana pada seorang ukhti ni untuk menjadi fasilitator di salah sebuah sekolah kat SP sempena program anjuran Pendidikan Islam sekolah tue...ana sampai lewat sket daripada masa yang dijanjikan, sebab sebelum tu ana perlu drive all the way ke sik, menghantar sahabat ana yang ingin pulang ke rumah...even program tu kejap sangat, tapi banyak benda yang ana dapat...dan semua ni membuatkan ana jadi rindu pada sekolah lama ana,http://www.smileycodes.info SMKANT dan tak sabar2 untuk pulang..plan dengan kawan2 untuk buat program untuk adik2 junior sempena time semester break nie, insyaAllah,harap2 menjadilah...rindunya bi'ah di sekolah lama dulu...rindu kena tarbiah selalu...rindu sangat2..bila dah keluar nie, kna pandai2 cari tarbiah senndiri...kalau tak, hanyut la jawabnya...
Masa kat sekolah tu, ana jadi agak terkejut, sebab ana tak pernah jumpa dengan gadis2 yang masih muda, tapi cara berbahasanya, subhanallah, kasar2 belaka...ada la sekali dua jantung ana tersentap dengan cara percakapan mereka...bila dah keluar, baru la ana nampak yang akhlak masyarakat semakin rosak, akidah lari dan macam2 masalah yang ana tak pernah terfikir pun sebelum nie,...insyaAllah, ana harap ana boleh lakukan sesuatu untuk masalah2 ini..ana harap cuti 4 bulan nie, ana berkesempatan jadi cikgu..(ana mohon untuk jawatan guru sandaran).semoga Allah izinkan ana memulakan perjalanan da'ie ana daripada situ..insyaAllah..
ana nak komen banyak2 pun, ana dah tak boleh nak luah..biarlah ana simpan je semua tu untuk pedoman diri ana...http://www.smileycodes.info
Wallahualam...

2 comments:

  1. aminn..
    truskn, Allah de b'sme :)

    ReplyDelete
  2. Salam'alaik ya ukhti.

    moga kaki kita makin kencang berlari di jalan yang sumpah panjang ini.

    salam ta'aruf dari ana :)

    ReplyDelete