Tuesday, May 3, 2011

Hatiku milik Mu....

Salam 'alaik...
Alhamdulillah...hari ni dah selesai lagi satu paper final untuk semester 2..esok ada lagi satu and seterusnya pada 6 hari bulan nanti..paper ni adalah salah satu paper yang sangat ana tunggu2 untuk dapat keputusannya nanti..hehe...http://www.smileycodes.info


# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # 

Terjaga je subuh tadi, ana dapat satu mesej daripada seorang ukhti nie...mesejnya berbunyi begini :


"Apabila cinta kepada Allah itu sampai ke lubuk hati, maka semua cinta selain daripada-Nya akan tersingkir... Apabila cinta kepada Allah telah sempurna, maka tidak ada sesuatu kesenangan yang dapat melebihi kesenangan dalam melakukan ibadah... Anugerahkanlah cintaMu kepada kami, duhai PEMILIK segala jiwa..."
Mesej yang benar2 indah buat permulaan hari ana..penguat semangat ana untuk lebih kuat di atas landasan bermujahadah..syukran ya ukhti..

Sebenarnya ana pelik jugak kadang2 tu, dimasa hati ana mula goyah, pasti akan tiba mesej2 berbaur teguran masuk ke handset ana..tidak kiralah mesej daripada ukhti2, ataupun sahabat2 ana..macam mana diorang tahu hati ana tengah goyah...lama ana berfikir, baru ana terdetik yang semua hati dan seluruh jasad kita milik Dia..dan tentunya satu pun perkara yang berlaku tidak terlepas daripada pengetahuanNya walaupun ia sebesar zarah sekalipun.. ana yakin itu teguran daripadaNya buat ana, namun sahabat2 ana sebagai perantaraan..Terima kasih Allah..betapa kini ana rasa Engkau teramat menyayangiku..aku tak ingin lagi cinta yang lain, kerana hanya cinta Engkau yang aku damba sekarang dan aku bahagia dengan hanya mencintaiMu..
Bermulanya detik perjuangan ana di jalan mujahadah, ana tak ingin lagi menyerahkan hati ana buat insan yang lemah..kerana di situ hati ana aka berulang2 kali disakiti..dan apabila ana berikan hati ana pada yang Haq, Dia pulihkan hati ana yang telah hancur luluh itu..

Buat insan yang pernah ana sayang sepenuh hati ana, maafkan ana sebab pernah menjadi wanita perosak imanmu..maafkan ana juga kali ini ana tak lagi akan menyerahkan hati ana buat dirimu..andai kamu masih inginkan ana sebagai penemanmu, datanglah tika dirimu yakin dengan agamaku, dan aku juga akan membalas cintamu setelah aku yakin dengan agamamu..Jika kau rasa berat untuk bertempur di jalan mujahadah, sesungguhnya hati ini pasti, bukan lagi milikmu...aku inginkan pemimpin yang akan terus membimbing hatiku ini untuk bertambah cinta lagi pada yang Satu...letakkanlah agama dihadapanmu, di dalam setiap perkara yang ingin kau lakukan..Jadikan malu itu pendinding buat dirimu andai maksiat itu ingin kau lakukan..Di dalam hatimu, isilah dengan cinta mu kepada Allah dan RasulNya, dan cinta insani buat ibu dan ayahmu..sesungguhnya, aku tidak lagi berharap diriku yang berada di dalam hatimu, kerana aku mahu Engkau tahu aku sedang bahagia dengan pemilikku, dan aku mahu perkara yang sama untukmu..sama2lah kita menempuh jalan mujahadah, semoga Allah pertemukan dua hati yang mencintaiNya di dalam redhaNya...hati engkau dan aku...

No comments:

Post a Comment