Sunday, May 1, 2011

Dunia tempat menanam, manakala akhirat tempat menuai..

Membaca muka surat terawal buku Di Mana Dia di Hatiku karya Pahrol Mohd Juoi, hati ana terpanggil untuk mencoretkan sesuatu..walaupun tengahari ni mata ana berat sangat2 (tambah2 baru je lepas makan tadi), memilih untuk tidur adalah benda yang paling best untuk dilakukan, tapi coretan ni asyik bermain-main difikiran, terpaksa ana gagahi jua meninggalkan toto dan bantal...hehehttp://www.smileycodes.info

Dewasa ini kita lihat makin ramai yang leka dengan keseronokkan dunia..diri ana tak terkecuali...enjoy, buang masa tanpa memikirkan kesan-kesannya kepada diri sendiri..disini, orang yang berfikir akan peroleh keuntungan..di mana-mana je kita tengok orang berfoya2, berpakaian seksi, pergaulan yang sangat2 bebas..semua tu, memang sesuatu keseronokkan yang pasti..sebabnya, hati dan perasaan kita boleh nikmati semua keseronokkan tu pada saat tu juga...tapi berlawanan pula bila kita bercakap tentang keseronokkan di akhirat = syurga...tak ramai yang akan tertarik kan? sebabnya, kita tak dapat rasa keseronokkan tu sekarang..padahal itulah keseronokkan yang kekal abadi...untuk mencapai keseronokkan di syurga, bukanlah perkara mudah untuk sesiapa pun, hamba-hamba biasa seperti ana, begitu juga ahli2 agama yang lain..melakukan sesuatu yang berlawanan dengan hawa nafsu, merupakan perkara yang amat susah, umpama berperang dengan diri sendiri..justeru itu, ramai yang berputus asa http://www.smileycodes.infodan kalah sebelum tiba ke destinasinya(halawatul iman)..

syurga dan dunia adalah dua unsur yang amat berlawanan..sudah menjadi sunnatullah, dua unsur ini tak akan boleh seiring..maksud ana, jika kita menikmati keseronokkan kat dunia ni contohnya macam melakukan perkara2 yang dilarang Allah (hawa nafsu kata seronok) , kita pasti tidak akan dapat menikmati keseronokkan di akhirat (syurga) dan apabila kita bersusah payah beribadat dekat dunia ni (melawan hawa nafsu) dengan menutup pandangan daripada keseronokkan di dunia, insyaAllah, dengan jaminan-Nya, kita akan peroleh kebahagiaan di akhirat nanti..

Persoalannya, berapa ramaikah manusia kat dunia ni sanggup korbankan keseronokkan kat dunia nie untuk menikmati keseronokkan di akhirat nanti...kalau ada, mungkin segelintir..dan untuk menjadi segelintir manusia itu, bukanlah perkara yang mudah..perlu bermujahadah (berjihad melawan hawa nafsu)..bermujahadah merupakan jihad yang paling besar..lebih besar daripada berjihad dengan mengangkat senjata di medan perang kerana bermujahadah ini adalah berperang dengan nafsu yang berada di dalam diri sendiri..

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). 
(Al-An’am 6 : 116)

Dunia ni lah tempat untuk kita bercucuk tanam, membaja, membajak dan akhirat adalah tempat untuk kita menuai hasil yang telah kita tanam semasa di dunia..jika banyak yang kita tanam, lagi banyaklah yang akan kita tuai...ketika bercucuk tanam, yakni beribadah, perlulah di jaga betul2(sama seperti petani2 yang menjaga tanaman mereka), agar tidak mudah untuk kita tergelincir dari landasan yang sebenar..seperti yang diumpamakan oleh penulis, Pahrol Mohd Juoi, 'Pay first, play later', dunia ini adalah tempat untuk membuat bayaran, dan di akhirat tempat untuk kita menikmati barang yang kita bayar tadi..kat dunia ni pun, semua benda kena bayar, tak kesahlah kena bayar sebelum atau pun selepas..terdetik pula kat hati saya bila saya tengok iklan Kort Mamut tadi..'Barang tanpa bayaran untuk 3 bulan'..kalau orang yang berfikir, mesti tak akan tertipu dengan iklan yang macam nie...lepas 3 bulan tu, sakit nak kena cari duit untuk bayar sedangkan 3 bulan pertama tu boleh la enjoy dengan produk yang di beli tadi...ha, time tu baru la nak gelabah..nak bayar hutang banklah, kereta lah, rumah lagi sampai tak mampu nak bayar Kort Mamut punya hutang..last2 pinjam kat along...kesudahannya, boleh la fikir sendiri..http://www.smileycodes.info

itulah kesan yang saya nampak kalau kita memilih untuk menikmati keseronokan dulu, dan terseksa di kemudian hari..sama je untuk orang yang pilih untuk keseronokkan di dunia, dan bersusah payahlah mereka di akhirat nanti untuk membayar harga keseronokkan yang mereka nikmati di akhirat nanti..bagi yang bertungkus lumus membuat pembayaran di dunia nie, akan senang hati menikmati hasil yang telah mereka usahakan sewaktu di dunia dahulu...dan kalau kita baru sedar time tu, dah terlambat sangat...............................
wallahualam.... 
"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis" 

No comments:

Post a Comment